Resepi Belgium Cookies

Hii.. alkisah hujung minggu lepas tak tahu nak buat apa tp tekak rasa nak makan yang manis-manis tp malas sangat nak kelaur cari makan. Jadi Cik Manis tengok la kat cabinet dapur bahan-bahan apa yg ada kan. Tengok2 semua bahan ni dh ready kat rumah so apa lagi, Cik Manis start la buat project meng”Cookies”. Guna je bahan apa yg ada tak payah nak susah keluar rumah gi beli bahan. So, jadilah Belgium Cookies simple dari dapur Cik Manis




Bahan-bahan

230gm butter
300gm gula perang
2 biji telur
1 sk esen vanilla
380gm tepung gandum
1 sk soda bikarbonat
500gm coklat chip (yang berkualiti)
100gm coklat beryls (dicincang)

Caranya

1.  Satukan butter, gula kastor dan gula perang. Kacau hingga sebati menggunakan spatula sahaja.
2. Masukkan esen vanilla dan telur
3. Kacau hingga sebati dan masukan tepung gandum dan soda bikarbonat 
4. Kemuadian masukkan coklat chip bersama coklat beryls yang dicincang tadi
5. Gaul dengan menggunakan tangan pun boleh.
6. Last sekali susun dalam Loyang dan jarak jarak kan sebab nanti cookies tu akan mengembang.




7. Bakar pada suhu 160c selama 25-30 minit (bergantung pada korang punya ketuhar tau)

Gambar tak byk focus sgt buat cookies smpai lupa snap gmbr. Selamat mencuba. Memang sedap ok๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜Confirm tak nyesal sebab sedap sangat. Isnin tu Cik Manis sempat bawa sikit kat office dan bagi sikit kat pengasuh anak. Kawan kat office dan pengasuh kata sedap. Yeayyy..  Happy rasa boleh bagi org makan sedap2. Hehe..

Comments

Popular posts from this blog

Resepi Congo Bar Sedap dan Mudah ๐Ÿ˜‹