Resepi Congo Bar Sedap dan Mudah π
byCikManisSekali
Assalammualaikum..
haa.. nampak tak gambar Congor Bar yang Cik Manis pegang tu.. nampak sedap kan..???.. rangup (crunch) di luar moist di dalam. lagi-lagi coklet dia Cik Manis tabur lebih sikit. Masuk mulut memang rasa coklat tu. tak nak cerita panjang lebar la yeee.. Jadi hari ni Cik Manis nak kongsi resepi Cango Bar yang sedap dan mudah ni. Senang je tau.. rugi tak cuba. buat sendiri ..puas hati.. hehe
Bahan-bahan:
315gm tepung gandum - nak pakai tepung naik sendiri pun boleh
2 1/2 sudu kecil baking powder - kalau guna tepung naik sendiri tak perlu letak baking powder
1/2 sudu kecil garam
150 gm butter - biarkan lembut ada suhu bilik
320 gm gula perang - tak nak manis boleh kurangkan - Cik Manis letak dalam 20gm sahaja
4 biji telur Gred B
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan chocolate milk coins (dicincang) - yg ni saya guna Beryl kebetulan ada byk kat rumah
1/2 cawan chocolate chips
Cara-cara penyediaan:
1. Ayak tepung bersama baking powder kemudian letak tepi.
2. Kemudian dalam mangkuk lain campurkan garam dan gula perang, bersama mentega dan kacau sehingga butter sebati. Kacau pakai senduk kayu je tp kalau nak pakai mixer pun boleh guna level paling low la.
3. Masukan telur sebiji demi sebiji dan kacau rata. Masukkan esen vanila.
4. Kemudian masukan tepung yang diayak tadi dan akhir sekali masukan coklat milk cincang/coklat chips.
5. Tuangkan adunan kedalam acuan empat segi 10 x 10 inci yang digris dengan butter serta alas dengan kertas minyak.
6. Ratakan permukaan adunan dan susun coklat milk coins dan tabur chocolate chips di atas adunan.
7. Panaskan oven selama 5-10 minit. Bakar pada suhu 170C lebih kurang 30 - 35 minit atau sehingga permukaan atas kek kuning keemasan dan bahagian dalam masak. Jangan terlebih bakar ye.
Saya bakar dalam acuan size 10" x 10"
tadaaa..ni hasilnya..lupa pula ambil gambar sebelum potong. (excited nak pakai pemotong baru haha- beli kat Lazada Online sekali dengan acuan tau)
Tips Cango Bar Sedap
1. Butter biar lembut pada suhu bilik sebelum diputar.
2. guna gula perang sebab gula perang ni boleh menghasilkan rasa tersendiri kepada rasa kek dan teksture kek kenyal - kenyal.
3. Pakai coklat chips atau compound/coint yang sedap dan berkualiti. Rasa kek lebih sedap kalau guna coklat susu, macam Cik Manis guna coklat Beryls..memang sedap sangat rasa tak nak stop makan. hehe
4. Paling penting jangan terlebih bakar sebab kek akan jadi keras dan liat. Sebaikanya bakar secukupnya barulah teksture kenyal dan lembut.
5. Kacau guna senduk kayu shaja. nak guna mixer pun boleh tp guna level paling low sebab Cango Bar ni tak boleh terlebih pukul, nanti boleh mendap dibahagian tengah. tak percaya cuba lah. hehe..
Okayyy.. terima kasih sudi baca..jangan lupa try tau.. Cik Manis next week nak buat lagi. tekak ni teringin nak makan lagiii.. hewwwheww..
Comments